
Syafiq atau dikenali sebagai Shinnosukee Nohara kini memiliki ratusan ‘diecast’ termasuk koleksi edisi terhad di dunia.

Bapa kepada dua orang anak itu mula meminati pelbagai saiz ‘diecast’ sehingga ada yang menyerupai rekabentuk sebenar kereta. Antara jenama yang menjadi pilihannya adalah AUTOart, Kyosho, Minichamps, BBR, Highway 61, GMP, Green Light, GT Spirit, Maisto, Hot Wheels dan Tomica (Takara Tomy). Koleksi LEGO juga tidak ketinggalan untuk dijadikan koleksi.
Menurut Syafiq, antara model yang sering menjadi perhatian ramai adalah ‘muscle car’ seperti Dodge Charger, Challenger, Pontiac Firebird, Mustang, Camaro, Corvette, Playmouth dan Chevelle SS.




Syafiq turut memiliki model-model kereta buatan Jepun seperti Nissan. Bermula model KPGC10 hinggalah ke R35 kini sudah menjadi koleksi kesayangannya dan disimpan rapi dengan susun atur menarik. Selain itu, antara jenama lain yang turut dimilikinya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen, Mini Austin, Golf Rabbit, Subaru, Porsche, Mazda RX7 Savanna, Toyota Celica dan AE86, Audi, Hammer, Volvo dan banyak lagi.

Untuk memastikan koleksi kesayangannya berada dalam keadaan terbaik dan tersusun, Syafiq meletakkan ‘diecast’ dalam bilik khas yang lengkap dengan rak-rak cermin.
Ketika ditanya berapakah harga ‘diecast’ yang paling mahal pernah dibeli, Syafiq memaklumkan pernah membeli sebuah model kereta bernilai RM1,900! Sehingga kini, Syafiq menganggarkan nilai keseluruhan koleksi ‘diecast’ sudah mencecah RM100,000.




Biarpun terpaksa berbelanja besar, Syafiq meletakkan kepuasan diri dan hobi sebagai keutamaan. Tambahan ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan selama ini.
Mungkin inilah yang dikatakan minat mengatasi segalanya. Tahniah dan teruskan usaha atas minat yang tidak akan pernah lupus dalam diri anda.
OLEH: Encik Punai
Comments
Post a Comment